
Nama saya Hairol Azhar Bin Zainal Abidin berumur 23 tahun dilahirkan di Hospital Teluk Intan Perak, pada 23 hb 7 1988,mempunyai 7 oarang adik-beradik dan saya adalah anak pertama menerima pendidikan di Sekolah Rendah Khir Johari Sungai Sumun Pada tahun 1996-2000 dan pada tahun 2001 menerima pendidikan di Kolej Pengajian Tinggi Islam , Sungai Besar Selangor, selama 1 tahun dan seterusnya belajar di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Adiniah Bagan Datoh Perak selama 2 tahun dan terakhir besekolah di Sekolah Menengah Hutan Melintang , selama 3 tahun.dan sambung belajar dalam pengajian Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 & 2, selama 1 tahun di Pusat Latihan Teknologi Automotif Teluk Intan Perak.selepas menamatkan pengajian menerima tawaran perkerjaan di Naza Bike Shah Alam ,Proton Shah Alam,Swiss Garden International vacation club Damansara uatama,Asia Media Sdn Bhd, Pusat Latihan Teknologi Automotif Teluk Intan..selepas berhenti kerja di Pusat Latihan Teknologi Automotif Teluk Intan sebagai Pegawai Pemasaran.
Sekarang saya menceburi dalam Perniagaan, dan menyambung pelajaran saya di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Business & Planning..selama 1 tahun...ini kerana saya ingin mempertingkatkan ilmu saya dan ingin menjadi seorang insan yang berjaya pada hari akan datang, saya ingin membahagiakan keluarga saya demgan kerjayaan saya pada hari kelak...pergorbanan ibu-bapa tidak ternilai dengan wang ringgit tetapi dengan kejayaan kita itu yang amat bernilai, kita harus sentiasa igat mereka kerana merekalah yang
menjaga kita dan mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat...diirigi Doa-doa anak yang solleh
kita dalam kehidupan di dunia ini hanyalah sementara jangan lah kita sia-siakan peluang yang ada dimata kita.
dan kita harus kuat semangat dalam apa jua rintangan yang datang terhadap kita walaupun kadang- kadang rintangan yang mendatang sukar untuk kita tempuhi, kita tidak semestinya akan bahagia dan kita semestinya akan sedih..kerana gembira,sedih adalah satu permainan dalam kehidupan di duniawi...jangan lah kerana perkara yang remih boleh kita jatuh atau putus asa,
selagi kita hidup di dunia kita harus kuat dalam apa jua rintagan, dan kita harus mepelajari benda yang baru dalam kehidupan kita,dan sentiasa ingin memajukan diri kita dengan lebih baik...dan sentiasa ingin mencuba benda yang baru.dalam diri kita ada beberapa faktor yang penting untuk kita menjadi seorang insan yang berjaya.
- Sudut aqidah Syirik adalah sesuatu yang paling mudah terjadi jika bekalan aqidah yang kukuh tidak ditanamkan di dalam setiap diri sejak kecil lagi. Hendaklah kita membiasakan diri kita dengan mengingati Allah SWT di dalam semua keadaan untuk mengelakkan terjadinya syirik tersebut.
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya:"Wahai anakku kesayanganku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Luqman :31)
- Sudut solat Solat adalah tiang agama dan amalan yang pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak. Solat yang dikehendaki oleh Islam ialah yang disertai dengan sepenuh perhatian dan penempuan fikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 17 yang bermaksud ; "Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat."
- Sudut Akhlak Wajib berbakti kepada ibu bapa kerana ibu bapa adalah manusia yang paling banyak berjasa kepada kita. "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya , ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, kepadaKu jua tempatmu kembali." (Luqman:41) Sabar di dalam menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan juga menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan segala kepayahan dan kesulitan. "... dan berhati teguhlah dalam menghadapi apa yang menimpa engkau, sesungguhnya (sikap) yang demikian itu termasuk perintah yang sungguh-sungguh.(Luqman:17) Mengelakkan diri dari sifat sombong dan takabur. Takabur adalah punca pergaduhan dan pertelingkahan manakala tawaddhu' yang dianjurkan Islam adalah penguat persaudaraan, perpaduan dan melahirkan keselamatan dan ketenangan. Huraian berkenaan sikap takabur dan sombong ini boleh di dapati di dalam buku Bimbingan Mu'minin, karya Imam Ghazali.
"Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri."(Luqman:18) Bersederhana dalam berjalan kerana ia menggambarkan ketenangan dan kesopanan tinglahlaku. Suara juga hendaklah dilembutkan ketika bercakap kerana ia adalah ukuran keutuhan budi pekerti kita sebagai makhluk Allah.
"Dan sederahanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suara engkau. Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar (keldai)."(Luqman:19)
- Sudut Da'wah. Hendaklah bersama-sama melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti firman Allah s.w.t ; "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung."(Al-Imran:104)